Thursday 3 May 2012

SERBUK PERISA ICE BLENDED BESTTTT

Hai kawan-kawan..ada sesiapa tak yang ingin memulakan perniagaan menjual ice blended secara kecil-kecilan?kalau ada, saya ada membekalkan bahan-bahan untuk membuat ice blended..kepada sesiapa yang berminat saya boleh tunjukkan cara membuatkan ice blended tersebut di samping saya membekalkan bahan-bahan seperti pelbagai perisa, creamer dan juga hiasan untuk kepada sesiapa yang ingin membuat ice blended nampak menarik..Antara perisa yang kami ada ialah:
  1. Coklat
  2. Neslo
  3. Cappucino
  4. Mocha
  5. Espresso
  6. Latte
  7. Strawberry
  8. Blueberry
  9. Mango
  10. Honeydew
  11. Apple
  12. Vanila Chip
  13. Cocoa Chip
  14. Grape
  15. Tiramisu
  16. Blue Mint
  17. Horlicks
  18. Coklat Oreo
  19. Keladi
  20. Plum
Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh email di niknor_hidayah@yahoo.com atau sms 0179300310..
JOM SERTAI KAMI..

Saturday 28 April 2012

Friday 13 April 2012

IKLIM DAN FAKTORNYA


https://docs.google.com/document/d/1k1X0mjjof-NsEhOqxO3tEYDSKHUFSr_742Q-mdG0RGs/edit

CIRI-CIRI CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA


https://docs.google.com/document/d/15Sq7JDFboYLU8BpjtPlLlxUBTzva1C25N4vAJSsj9_U/edit

CUACA DAN IKLIM

Iklim boleh ditakrifkan sebagai "cuaca secara purata", atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca.

Secara mudah, cuaca adalah satu pergabungan kejadian di atmosfera dan Iklim pula adalah cuaca yang dialami sepanjang satu jangkamasa di sesuatu lokasi. Tidak ada suatu batas pemisah tepat antara apa yang dikatakan iklim dan apa yang dikatakan Cuaca. Ia bergantung kepada kegunaan. Umpamanya, fenomena El Nino adalah satu fenomena cuaca untuk segolongan pemerhati, tetapi untuk segolongan yang lain, ia suatu ciri perubahan iklim. Bila konsep iklim sebagai satu purata sistem cuaca dikemukakan pada akhir kurun ke–19, jangkamasa 30 tahun merupakan satu jangkamasa yang munasabah.

Tetapi, dengan adanya perolehan arah aliran cuaca bagi satu jangkauan masa yang panjang meliputi rekod-rekod suhu, hujan dan sebagainya, keupayaan mendapatkan takrifan yang menyeluruh untuk “iklim” menjadi lebih sukar kerana dalam jangkamasa 30 tahun tersebut, purata suhu, taburan hujan dan sebagainya boleh berubah, dan dalam satu jangkamasa singkat, perolehan statistik kurang stabil. Untuk sesuatu lokasi geografi iklim tidak berubah semasa hayat seseorang insan. Dalam jangkamasa geologi (jutaan tahun), iklim boleh berubah untuk sesuatu lokasi.